Hari minggu yang best, sebabnya dapat lepak-lepak di rumah , kemas-kemas rumah, mendobi dan masak-memasak bersama anak-anak.Pagi tadi breakfast di rumah saja, I buat pancake kesukaan anak-anak. Sangat simple. Ater yang paling laju bila dapat pancake 2-3 keping baru berhenti mintak. hehe..
Simple pancake kegeraman Cinta & adik-adik
Petang ni kami ke Pertandingan Kucing yang terletak di Taman Ular. Errr..sebenarnya takut nak ke taman ular..tapi disebabkan pertandingan kucing dibuat di sana. jom lah kita pergi . Sampai di pintu perkarangan masuk..terjumpa kawan Siber yang baru pulang dari NewCastle, sebenarnya kami hanya berkawan melalui blog dan facebook saja, tak pernah pun berjumpa ni kira baru pertama kali berjumpa, kawan I tu Sue boleh cam I pulak bila ternampak anak-anak tadi..boleh tahan juga rancak kami berbual walau pun baru pertama kali berjumpa. hehe
Bila kami masuk ke dalam, terjumpa lagi dengan Teacher Qistina - teacher yang mengajar anak-anak bermain violin tak lama dahulu ..(errr rasa nak sambung balik kelas violin anak-anak ) ..sebab tak mudah nak cari guru violin yang lain sekarang ini..
Banyak betul halangan nak menyampaikan ke Pameran Kucing ni, sebab terjumpa ramai kenalan..hehe...Wow !! banyak juga kucing yang dipertandingkan di sana , sangat comel-comel dan terdapat pelbagai jenis kucing yang ada antaranya Persian Cat, Siamiese, The Maine Coon, Abyssinian , Rogdoll, The Exotic Cat, Savannah, Burmese Cat, Manx Cat, Sphynx Cat. Tapi awas..Cinta tak boleh sentuh kucing langsung ya sebab sangat allery , sensitive skin ..nanti habis muka jadi bengkak-bengkak, gatal-gatal..ke klinik lah jawabnya .
Selain kucing ada pula Arnab yang jinak-jinak dilepaskan di situ. Sangat comel-comel juga. Cinta dan Kasih dan berangan-angan nak bela arnab pula lepas ni , nanti lah dulu tunggu sampai kita dapat bina sebuah rumah baru kita pikirkan rumah arnab pula ya sayang..InsyAllah.
Ada tak gaya Najwa Latif - haha ...Cinta yang sedang berangan saja-saja
Bila dah puas bermain kami bekejar ke Kelas Piano pula, tak boleh lambat nanti Teacher Anne naik angin dia sangatlah punctual. Cinta sangat sukakan Najwa Latif dan Ainan Tasneem dan sangat berangan untuk belajar bermain gitar pula lepas nie. Oh..belum masanya lagi..tumpukan dulu pada belajar piano ya dear..Ok hingga berjumpa lagi ..chow.. !!
No comments:
Post a Comment