Sampai di lokasi - Putra Golf Club ramai yang senyum-senyum kambing melihat Cinta, mungkin kerana saiz badannya yang kecil berbanding dengan peserta-peserta lain yang mungkin sudah berada di tahun 5 & 6.
Umur bukan penghalang untuk menyertai SIR ini bagi kami. Antara perkataan yang disoal pada hari ini - knuckle, dynamism, gauche,territory...ada 30 soalan semuanya , Wah ! boleh tahan juga soalan-soalannya. Harap-harap Cinta dapat melepasi antara 100 peserta dari state kami yang bakal terpilih ke peringkat seterusnya . Kita nantikan saja panggilan dari NST insyallah.Kalau tak berjaya tahun ini pun Ok kita cuba lagi untuk tahun depan.
Selesai SIR kami menuju ke Kedai Buku . Macam pasar bila 4 beradik ni sibuk memilih buku idaman masing-masing termasuklah si kecil ini . I ok saja ..walaupun agak nakal di kedai buku dan ramai yang meninjau-ninjau kami , bagi I biarlah tanda anak-anak ada minat yang mendalam pada buku.
Lepas tu kami ke Wedding Kak Ifa. Sejak balik Malaysia ini adalah wedding pertama yang kami pernah pergi , anak-anak nampak kekok masa di Majlis ini,habis tanya itu dan ini , tapi semua sangat berselera makan nasi orang kawin pada hari ini. Moga Kak Ifa dan Abang Pin berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Sebelum sampai ke rumah ..sempat lagi beli anak-anak ikan di Petshop untuk dipelihara. RM1 dapat 10 anak ikan berbaloi kan. Kalau pandai menjaganya ia akan membesar di akuarium.
Ok..malam ni I dan anak-anak nak rehat cukup-cukup setelah sebulan makan tidur bersama Dictionary untuk SIR Cinta ini ...
Selamat beradu ...
No comments:
Post a Comment