Sepanjang cuti sekolah ini, Cinta dan Kasih , I hantar mereka ke Taska Global Khalifah untuk kelas Transit yang mengajar Fardu Ain & Solat. Nampak ada perkembangan positif untuk pembacaan Iqra anak-anak. Bacaan-baccan solat pun dah semakin paham dan hafal. Wah ! rasa terharu sangat. Cikgu-cikgu di Kelas ini pun nampak very commited .
Sekarang ini Cinta sudah di Buku 5 Iqra dan Kasih sudah di Buku 2. InsyAllah..moga teranglah hati anak-anak ini dapat membaca Al-Quran dengan lancar. Kelas Fardu Ain di sini akan bermula seawal jam 9 am dan berakhir 12 tgh. Biasanya anak-anak minta dihantarkan awal ..sebab apa ya ? Sebab dapat main trampoline sebelum kelas bermula. hehe..itu sebab minta Mommy hantar awal ya.
Sepanjang perjalanan ke Kelas Transit & Tadika, semua akan duduk diam-diam dan ternganga tengok kartun kesukaan mereka - apa lagi kalau bukan Peppa Pig ! Ater akan ke sekolah Tadika MS..kelas bermula seawal 8.30am dan I akan jemput dia lepas office hour - 5.30 pm. Walaupun usianya baru 3 tahun dia paling mudah ke sekolah .
Baby Alaa, I hantar di rumah Pengasuh. Walaupun rumahnya agak jauh tapi sanggup menghantar ke sana sebab dah bertahun dengan pengasuh T nie ..I berpuas hati dengan cara penjagaannya.
So, inilah cerita bagaimana kami memulakan hari baru setiap hari di musim cuti sekolah ini. Lepas office hour, I akan jemput anak-anak pulang & sebelum sampai ke rumah , dalam 20 minit kami akan luangkan masa di Taman Permainan . Seharian mereka terpisah dengan aktiviti di tempat masing-masing , jadi bagilah peluang untuk anak-anak ini bersama ya.
No comments:
Post a Comment