Thursday, 20 December 2012

Kelas Piano Cinta & Kasih... @ Cheery

Sebelum ini biasanya I akan hantar Cinta & Kasih ke kelas piano hingga ke muka pintu kelas saja, lepas serah pada Teacher..I pun keluarlah nak collect anak-anak lain dari Tadika & rumah Nanny. Tapi sejak kebelakangan ini tengok pembelajaran piano di sini agak slow sikit, jadi I rasa nak ubah sikit cara .I duduk lah di kelas ini sama-sama dengan Cinta & Kasih dalam 30 minit. Jadi diorang lebih serius belajar dan Teacher pun tau yang kita ambil berat tentang anak-anak kita dan kita pun tau apa yang anak belajarkan di sini .

Teacher Anne yang mengajar Cinta & Kasih merupakan Cikgu ke 3 yang dah bertukar-tukaran sebelum ini..harap-harap kali ini lebih kekal lama hendaknya. I lihat jari jemari Cinta dah mula lembut untuk bermain piano sekarang..Tapi anak-anak nie nampak sangat manja dengan Teacher Anne..siap main belai-belai rambut lagi sambil belajar Piano..hehe.

Ini buku Terori Piano untuk Adik Kasih. Sangat menarik Buku Teori yang disediakan..& mana tak bestnya bila dapat main tampal-tampal stiker kat buku nie.Di sini, lagu yang diajar lebih pada lagu kanak-kanak , berlaianan di Ireland dahulu, Teacher Marc akan minta kita beri lagu yang kita suka , dia akan siapkan notenya untuk berlatih pada minggu hadapan... Anak-anak akan berlatih setiap lagu untuk 2 minggu & banyak lagu yang dah dimainkan dalam tempoh setahun berlatih. Tapi di sini lain ya..tak apalah kita ikut rentak cara di sini pula.. Yang penting kena rajin dan minat kena ada pada piano..


Dalam pukul 6.15 pm, saya datang kembali setelah ambil Ater dari Tadika, Ater bukan tau duduk diam , I nampak dia geram tengok gitar-gitar yang tersusun cantik di Cheery ni.Mau tak dipetik gitar-gitar di situ..dan main macam guitar mainan yang ada di rumah.Nasib baiklah kelas dah nak berakhir..kalau tak mau riuh rendah kelas ini dibuatnya. Ok..kita jumpa lagi di kelas Piano minggu depan.. Terima kasih Teacher Anne.


Wednesday, 19 December 2012

Di sini Violin Class dengan Teacher Qistina..

 
Hari Khamis adalah hari yang maha busy bagi Cinta & Kasih sepanjang Musim cuti Sekolah ini . Pukul 9 am hingga 12 tgh akan ke Kelas Iqra, petang pukul 5pm hingga 6.15 pm ada Piano dan 6.30 pm ada kelas Violin pulak dengan Teacher Qistina. Cinta & Kasih dah mula belajar violin dan piano seawal usia 4 tahun lagi di Ireland, maka bila balik Malaysia kami hanya menyambungnya semula di sini. Untuk kelas violin dan piano di sini saya hantar mereka  di tempat yang berbeza. Teacher violin mereka di sini adalah Qistina yang baru berusia 16 tahun..sesuai lah nak ajar kanak-kanak riang seperti mereka kan.


Di sini, oleh kerana nak ajar 2 beradik serentak..Teacher Qistina akan bahagikan masa , bila seorang bermain violin ..seorang lagi akan belajar teori..& begitulah sebaliknya. Buku-buku teori untuk kelas violin nie pula sangat menarik..siap main tampal-tampal stiker lagi..memang itu yang anak-anak suka kan..
Kalau di Ireland dulu anak-anak lebih rancak bermain violin..di sini agak slow sedikit ya. Di mana silapnya.. mungkin Cinta & Kasih kena lebih berlatihlah di rumah. Uhh..sangat rindu untuk kembali ke Mount Tample Hall bertemu Teacher Sara seperti dahulu, walaupun di Ireland hanya diajar lagu-lagu Irish saja..

Inilah Teacher Sara- yang mengajar Cinta lagu-lagu Irish menggunakan violin ...

Majlis Aqiqah Baby Alaa yang sudah besar ...

Baby Alaa akan menginjak ke usia setahun pada 6 Januari nanti. Sebelum dia berusia setahun I plan nak khatankan dia dan kita akan  buat kenduri Aqidah kecil-kecilan untuknya di Rumah Granny. Agak susah juga nak cari Klinik yang boleh khatankan anak perempuan di sini. Klinik yang dulunya I hantar Cinta & Kasih untuk berkhatan dah tak terima lagi kini. Untuk anak-anak perempuan yang lain, I hantar berkhatan seawal 2-3 bulan lepas lahir, tapi bagi Baby Alaa sebab dia lahir di Ireland..yang tak menyediakan servise khatan berkhatan di sana..maka kenalah tunggu hingga balik ke Malaysia.  Jadi..2 malam sebelum Majlis Aqiqah I bawa Baby Alaa ke Klinik Refflesia . Baguslah Dr Tinni yang menghkatankan dia di klinik tu..jarang nak jumpa Dr. seramah itu di kawasan kami. Baby Alaa tak nangis langsung masa dikhatankan..lagipun untuk anak perempuan sikit saja yang dipotong..macam hujung kulit saja , bagi anak kecil seusianya mungkin terasa sakit jugalah tapi dia nampak relex ajer..bagus anak Mommy nie , sangat tabah dia ..
 
Majlis Aqiqah yang dirancang berjalan lancar.. kecil-kecilan tapi meriah. Baby Alaa pun I tengok bertambah cerdik lepas berkhatan dan buat Majlis Aqiqahnya. Dia dah mula menapak sekarang..setapak berjalan..tepuk tangan..setapak lagi..tepuk tangan lagi..gitulah Baby Alaa yang ceria. Kami nantikan 6 Januari nie bila umurnya genap setahun.nanti .emm kita akan buat birthday party sikit nanti untuk Baby Alaa ya ...
 
 


Baby Alaa & her grand dad ..tengok tu si mata cerah nie..ceria selalu kan...

20 minutes per day...

 Di tempat kami tinggal sekarang, tak banyak hiburan dan tempat-tempat yang menarik untuk kami kunjungi apatah lagi untuk anak-anak luangkan masa di luar. Sangat lah jauh berbeza kalau nak bandingkan dengan kehidupan di Ireland dahulu. Jadinya terpaksalah I jadi Mommy yang kreatif sikit mengatur masa anak-anak ni supaya hidup mereka kembali ceria dan tak jauh ketinggalan dari kehidupan di Ireland dahulu.

Setiap hari lepas office hour, I akan collect semua anak-anak yang diletakkan di sekolah, nursery , rumah Nanny. Kami akan bawa sedikit makanan & menuju ke Playground di sekitar kawasan tempat tinggal kami . Biasanya anak-anak akan selesa kalau anak-anak lain yang ada di Playground tersebut tak nakal-nakal sangat. Kalau ada yang jenis suka menolak atau menjerit sana sini kita pun tak mau kan.



Masa yang ada pun tak banyak, nak kejar balik sebelum maghrib lagi. Biasanya dalam 20 minit saja kami dapat spend time di Playground ni. Itu pun dah buat anak-anak happy dengan buat sedikit aktiviti fizikal di sini. Oppss..hari ini Ater mula Toilet Training ..maka tak lah memakai diappers bila ke sini..off we go..kami bekejar pulang pulak ke rumah sebab takutkan Ater yang dah tak menahan nak ke toilet.. hihi..

Kaki Buku ...ke MPH Bookstores

 Bukan satu perkara mudah nak menggalakkan anak-anak menjadikan budaya membaca sebagai satu rutin hidup. Ia perlukan galakkan , dorongan dan contoh tauladan dari Ibu Bapa sendiri. Semasa kami di Ireland, suka I melihat ibu bapa berlumba-lumba membelikan anak-anak buku-buku bacaan . Kami pun tak terkecuali ada koleksi buku-buku cerita di rumah. Konon-kononya nak buat mini Library lah di rumah. Tapi dari pengalaman I sendiri anak-anak takkan sukakan buku kalau kita sendiri sebagai ibu bapa malas membaca. Jadi mau tak mau sekarang I cuba luangkan masa ada buku di tangan bila bersama anak-anak yang berusia dari 7 ke 11 bulan ini. Dalam sebulan I cuba peruntukkan sedikit duit untuk anak-anak shopping ke MPH Bookstores, di situ pilihlah seorang 2 buah buku kesukaan mereka. Maka akan riuh rendahlah MPH dengan suara anak-anak burung nie..


 Tu dia..Cinta dah jumpa buku pilihan hatinya "Goodnight Princess" ..
 Lepas shopping buku-buku di MPH, ada pulak yang nak ke Toilet, maka Cinta pun jaga adik-adik yang lain di depan pintu toilet yang kebetulan diletakkan kerusi panjang kat situ , Kasih & Ater baca buku kuat-kuat kat situ ..orang yang lalu-lalang senyum-senyum ajer tengok gelagat mereka. Lepas siap urusan di Toilet, kami menuju ke Pizza Hut pulak..ada yang dah bising kelaparan...sambil berjalan baca bulu lagi si Cinta nie..sambil-sambil tunggu Pizza dihidangkan di meja..dah habis sebuah buku dibaca Cinta..& minta buku baru hehe... I kata apa kata kita patah balik ke MPH & minta tukar buku lain.hehe..
 Sesampai di rumah..Baby Alaa pun sibuk dengan membelek buku-buku dia.. ada 4 buah buku, I belikan untuk dia..walaupun tak tau apa lagi..lihat-lihat gambar saja tapi pendedahan pada buku-buku itu sangat penting kan . So..tunggu next month pula lah..kita akan ke MPH lagi.. kaki kaki buku ini akan ke sana mencari buku yang lain pula.


Akhirnya jumpa Colouring class


Semalam, Cinta & Kasih mula masuk Art Class di Seed Creative Studio. Sebelum mula kelas jam 4 petang, I bawa anak-anak beli kaler cryon di Town. Boleh tahan juga harganya untuk 60 batang = RM39. Cikgu pesan bawa pensil 8B sekali . Kira first time jugalah I tau kewujudan pensil 8B yang digunakan untuk mewarna nanti. Sangat teruja lah Cinta & Kasih dapat pergi ke kelas colouring begini.Itupun hobi mereka berdua sepanjang cuti sekolah nie, melukis dan mewarna tapi tanpa tunjuk ajar tentang teknik-teknik mewarna yang betul, tak secantik manalah hasil kerja mereka ....kali nie kita akan ke kelas mewarna pula ya.

   
 Set kaler yang mahal macam nie kenalah jaga elok-elok , lepas guna kena simpan baik-baik ya anak-anak comel..

Mostly student di Art Class ini adalah Chinese, kecil-kecil lagi mereka dah dihantar ke kelas begini. Sangat suka I tengok hasil kerja student-student di sini yang digantung di dinding. Cantik-cantikkan gambar di bawah ini. Untuk kelas hari pertama ini Cinta & Kasih  diberi tunjuk ajar mewarna gambar kapal layar dan bear. Wow !! teknik mewarna  berdasarkan tone kaler diajar di sini.


Selepas dua jam I datang balik collet anak-anak di art Class nie, sangat teruja tengok hasil kerja masing-masing. Amazing..hasus diframekan dan digantung di dinding sebagai kenang-kenangan hasil kerja tangan pertama mereka sepanjang belajar di bawah Mr Ooi di sini. So..next class hari Sabtu kami akan ke mari lagi...Yeay !!!

Thursday, 13 December 2012

Piano Class @ Cheery

Cinta & Kasih sudah mula belajar Piano sejak di Ireland lagi di Athlone School of Music . Sekarang bila balik ke sini, I pun berusahalah mencari guru piano yang bagus untuk menggantikan Teacher Marc nya di sana. Sekarang Cinta & Kasih dah 3 bulanlah menyambung belajar piano di Cherry.Di sini mereka mula belajar dari basic semula memandangkan teknik belajar yang digunakan di sini berbeza, agak down sikit tengok anak-anak belajar piano di sini tak serancak seperti di Ireland .Mungkin pendekatana guru di Ireland dan sini berbeza..apa-apa pun yang penting minat kena ada untuk meneruskan belajar piano ni kan. Setakat ini alhamdulillah setiap hari Cinta & Kasih akan luangkan masa 10-20 minit duduk bermain piano. Sekejap pun jadilah yang penting kita istiqamah dalam mempelajari sesuatu. Berjumpa lagi esok... di kelas Piano Miss Anne Ong.


Ini adalah link utube hasil dari pembelajaran piano di Ireland dahulu. Selamat melayari utube...
www.youtube.com/watch?v=QW1BxXe0Cyo

Wednesday, 12 December 2012

Waktu Cuti Sekolah

Sepanjang cuti sekolah ini, Cinta dan Kasih , I hantar mereka ke Taska Global Khalifah untuk kelas Transit yang mengajar Fardu Ain & Solat. Nampak ada perkembangan positif untuk pembacaan Iqra anak-anak. Bacaan-baccan solat pun dah semakin paham dan hafal. Wah ! rasa terharu sangat. Cikgu-cikgu di Kelas ini pun nampak very commited .

Sekarang ini Cinta sudah di Buku 5 Iqra dan Kasih sudah di Buku 2. InsyAllah..moga teranglah hati anak-anak ini dapat membaca Al-Quran dengan lancar. Kelas Fardu Ain di sini akan bermula seawal jam 9 am dan berakhir 12 tgh. Biasanya anak-anak minta dihantarkan awal ..sebab apa ya ? Sebab dapat main trampoline sebelum kelas bermula. hehe..itu sebab minta Mommy hantar awal ya.



Sepanjang perjalanan ke Kelas Transit & Tadika, semua akan duduk diam-diam dan ternganga tengok kartun kesukaan mereka - apa lagi kalau bukan Peppa Pig ! Ater akan ke sekolah Tadika MS..kelas bermula seawal 8.30am dan I akan jemput dia lepas office hour - 5.30 pm. Walaupun usianya baru 3 tahun dia paling mudah ke sekolah .

Baby Alaa, I hantar di rumah Pengasuh. Walaupun rumahnya agak jauh tapi sanggup menghantar ke sana sebab dah bertahun dengan pengasuh T nie ..I berpuas hati dengan cara penjagaannya.

So, inilah cerita bagaimana kami memulakan hari baru setiap hari di musim cuti sekolah ini. Lepas office hour, I  akan jemput anak-anak pulang & sebelum sampai ke rumah , dalam 20 minit kami akan luangkan masa di Taman Permainan . Seharian mereka terpisah dengan aktiviti di tempat masing-masing , jadi bagilah peluang untuk anak-anak ini bersama ya.



Monday, 10 December 2012

Learn to ride a bike ...


Untuk Birthdaya Cinta ke 7 yang baru lepas, I belikan dia basikal. Bila sampai ke kedai basikal, Cinta berkenan dengan basikal pink yang sesuai untuk usianya. Janji ada bakul dan carrier katanya. Yang dua lagi Kasih & Ater pun mula pegang-pegang tangan Mommy nakkan basikal juga. Pikir punya pikir akhirnya I bersetuju ..jadi ketiga-tiganya dapat hadiah basikal sempena Birthday Cinta yang lalu. Janji dimanfaatkan basikal ini. Kita akan selalu ke park dan bolehlah beriadah bawa basikal nanti.

Minggu lepas kami ke Taman Rekreasi Bukit Ayer, enjoy sangat anak-anak bermain basikal di sana sampai tak mau pulang. Insyallah bila Mommy free petang-petang kita akan ke Kechor pula berbasikal.

Thursday, 6 December 2012

Mari ke Ladang Anggur


Tercapai juga hasrat untuk melawat Ladang Anggur. Walaupun bukan sebesar Ladang Anggur di sepanjang perjalanan antara Cordoba dan Granada- Spain , Ladang Anggur Perlis ini pun dah kira menarik bagi kami. Cuma yang kurangnya ,dapat memandang saja buah-buah yang bergayutan  di sini , fruit picking tak dibenarkan sama sekali. Maka yang harunya adalah Baby Alaa, yang dah semestinya penggemar buah anggur. Nampak sangat Baby Alaa geram tengok buah-buah anggur yang sedang masak ranum, sikit lagi nak tanggal dari tangkainya ditarik. Hehe..




Masa kami sampai ke Ladang Anggur Perlis yang terletak di Area Sungai Batu Pahat ini, cuaca memang sangat panas. Cinta sibuk pulak berpayung sebab takutkan panas matahari. Pokok-pokok ini ditanam dalam green house , mungkin dengan suhu panas begini yang buat Anggur Perlis sangat manis dan rangup setanding dengan anggur yang dijual di luar negara.

Disebabkan tak dapat enjoy memetik buah, kami beli sajalah buah dalam peti ais yang diletakkan berdekatan dengan kaunter. Harganya RM10 bagi setiap setengah kilo. Macam biasa Baby Alaa yang paling laju menghabiskan buah anggur yang kami beli. Dia memang hantu buah ya..


Rasanya nak juga tanam di rumah mungkin boleh kita buat green house untuk menanamnya sendiri di rumah nanti tapi pekerja yang bertugas mengatakan stok pokok anggur yang dijual pada harga RM15 sebatang tidak ada buat masa ini. Mungkin kita datang lain kali lah untuk dapatkan benih pokok anggur itu nanti. Boleh kita tinjau-tinjau lagi kawasan ladang Anggur di Negeri Perlis ini nanti.

Wednesday, 5 December 2012

Majlis Perkahwinan Yang Dinanti dan Flower Girl

Flower Girl yang nampak sangat elegent pada malam ini.

Ini merupakan Jemputan Majlis perkahwinan ke 2 yang anak-anak pernah pergi sejak balik ke sini. Kami sekeluarga berbaju Merah malam ini . Tapi kali ni yang lebih istimewanya Kasih & Cinta diminta jadi Flower Girl. Malam itu, kedua-dua anak kecil nie sangat cantik secantik mempelai yang diiring. Kebetulan kami dapat meja depan..saya lebih melihat pada anak-anak sebenarnya dari melihat pada acara yang berlangsung..haha. Bukan mudah rupanya preparation untuk jadi glamour macam malam ini ya.. perlukan kesabaran dan commitment dari parents juga rupanya. Flower Girl juga kena dapat rest yang cukup barulah nampak cerai di singgahsana nanti.

Ater saja yang I  bawa ke Majlis Perkahwinan ini. Dengan harapan dia tak akan buat bising nak itu dan ini, I bawa sekali Ipad pujaan hatinya. Bila dah dapat Ipad angkat kepala pun tak mau..sibuk bermain dengan TomCat.Alhamdulillah...Lain kali boleh bawa ke Mjalis lain pula anak lelaki I nie.

Flower Girls in Preparation


Kasih & Cinta akan menjadi Flower Girl untuk wedding Boss di tempat I bekerja. Ada dua pengantin untuk diraikan pada malam 2 Disember lepas. Ini merupakan pengalaman pertama kami. Sungguh bukan mudah nak buat temu janji dengan Mak Andam yang sangat busy yer. Sabar..sabar ... Petang sebelum itu, I hantar anak-anak set rambut. Kasih & Cinta sangat suka buat curly hair. Lepas tu hantar ke Hall pulak untuk berlatih cara-cara berjalan sebagai Flower Girl yang betul..ahaks... Disebabkan antara jemputan utama adalah dari Kerabat Diraja Perlis , maka Flower Girl kena berlatih sama cara-cara menyembah yang betul . Lepas tu cuba fitting baju dan makeup pulak . I terpaksa tinggalkan Kasih & Cinta di Butik, sebab nak bekejar menghantar Baby pulak ke Nanny. Ater yang paling untung akan ikut Mommy ke Majlis Wedding tu nanti.Jom kita bersiap sama..


Tuesday, 4 December 2012

Daddy we need a break

Cuti sekolah sudah bermula, maka rutin harian ibu-ibu dah tak sama seperti hari sekolah biasa. I pun tak terkecuali lah, agak busy menguruskan anak-anak yang tak bersekolah. Minggu ini kita pikirkan macamana nak isi masa lapang anak-anak nie. Kita bagi anak-anak berjalan ke Penang. Walaupun bukan sebesar Stena Line, anak-anak dah cukup gembira dapat naik Ferry ke Penang nie. Tak nampak banyak pembaharuan Ferry dahulu dan sekarang.

Di Penang kami bukan ke mana, cuma duduk di Hotel Bay View, Bukit Ferringi. Banyak masa dihabiskan di dalam bilik, swimming pool dan Kid's Club. Itu pun dah buat anak-anak happy dapat keluar dari rumah.I pula banyak masa dihabiskan dengan membaca saja.

Kid's Club di Bay View Hotel ini sangat bagus. Toys yang ada tersusun dengan elok, bersih , buku-buku pun banyak . I sangat tertarik dengan cara susun atur toys di sini, di susun di rak-rak kayu , senang juga bagi anak-anak mencapainya untuk bermain . Idea baru nie boleh kita aplikasikan di rumah bila balik nanti


Sebelah malamnya ingatkan nak jalan-jalan bawa anak-anak di sekitar Ferringi, tapi hujan lah pulak.I terasa nak makan sushi cari Sushi King tak jumpa lah pulak , akhirnya kami singgah di Kak Ani Tomyam. Anak-anak sangat pelik bila melihat siput sedut di dalam besen yang sedang merayap-rayap. Kami tak order siput sedut nie..walaupun ada rasa teringin utk masak lemak ker ..kami cuma makan-makan biasa saja ikan stem,udang goreng, kailan berrr  tapi harganya boleh tahan..mahal di sini. Duh..kalau mahal macam nie, lebih baik makan makan di hotel saja kan.





Hari ke dua, pagi-pagi sekeluarga dah berbondong-bondong turun ke swimming pool. Kiddie pool dia luas dan tak dalam sesuai untuk anak-anak 3 tahun ke bawah bermain, I cuma pantau anak-anak di gigi air saja..takut basah you..haha. 
 Lepas 2 hari duduk di Bay View kami pun pulanglah, ada appointment lain pula, anak-anak akan bersiap untuk menjadi Flower Girl. Maka bermulalah adventure kami seterusnya...cerita Flower Girls & Ater ..