Semalam Cinta dan Kasih ke kelas Art Class seperti biasa. Sangat cantik hasil lukisan pada hari ini. Cinta buat lukisan Rabbit - Rabbit kesayangan kami di rumah dan Kasih dengan hasil lukisannya horsy yang tak cukup makan ..hehe..agak kurus yer Horsy yang dilukis oleh Kasih. Apa-apa pun tetap cantik dan teruskan usaha melukis ya anak-anak...
Impian I satu hari nanti akan kami gallerykan hasil lukisan Cinta & Kasih ini di mini Library kami. Perlu diframekan dan digantung di dinding dengan teratur ..cantik bukan. Inilah kenangan zaman kanak-kanak mereka nanti. Insyallah.
Sunday, 16 June 2013
Cinta - Ready for the challenge - Spell it Right 2013 Preliminary State Challenge
Alhamdulillah setelah melepasi SIR di peringkat sekolah, Cinta terpilih untuk mewakili sekolahnya ke Spell It Right 2013 Challenge - Preliminary State Challenge. Setelah berusaha sebulan ..tiba masanya kita bertawakal sahajalah, mohon yang terbaik dari Allah pada hari ini.
Sampai di lokasi - Putra Golf Club ramai yang senyum-senyum kambing melihat Cinta, mungkin kerana saiz badannya yang kecil berbanding dengan peserta-peserta lain yang mungkin sudah berada di tahun 5 & 6.
Umur bukan penghalang untuk menyertai SIR ini bagi kami. Antara perkataan yang disoal pada hari ini - knuckle, dynamism, gauche,territory...ada 30 soalan semuanya , Wah ! boleh tahan juga soalan-soalannya. Harap-harap Cinta dapat melepasi antara 100 peserta dari state kami yang bakal terpilih ke peringkat seterusnya . Kita nantikan saja panggilan dari NST insyallah.Kalau tak berjaya tahun ini pun Ok kita cuba lagi untuk tahun depan.
Selesai SIR kami menuju ke Kedai Buku . Macam pasar bila 4 beradik ni sibuk memilih buku idaman masing-masing termasuklah si kecil ini . I ok saja ..walaupun agak nakal di kedai buku dan ramai yang meninjau-ninjau kami , bagi I biarlah tanda anak-anak ada minat yang mendalam pada buku.
Lepas tu kami ke Wedding Kak Ifa. Sejak balik Malaysia ini adalah wedding pertama yang kami pernah pergi , anak-anak nampak kekok masa di Majlis ini,habis tanya itu dan ini , tapi semua sangat berselera makan nasi orang kawin pada hari ini. Moga Kak Ifa dan Abang Pin berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Sebelum sampai ke rumah ..sempat lagi beli anak-anak ikan di Petshop untuk dipelihara. RM1 dapat 10 anak ikan berbaloi kan. Kalau pandai menjaganya ia akan membesar di akuarium.
Ok..malam ni I dan anak-anak nak rehat cukup-cukup setelah sebulan makan tidur bersama Dictionary untuk SIR Cinta ini ...
Selamat beradu ...

Tuesday, 11 June 2013
Spell it Right 2013 preparation NST-RHB
Tinggal 3 hari lagi sebelum 'Spell It Right" competition anjuran NST-RHB peringkat Negeri . Sedikit sebanyak preparation telah dibuat. Sebulan yang lepas Cinta telah berjaya dalam "SIR" di peringkat sekolah ..bukan mudah juga bila bertanding di peringkat sekolah , bertanding pula dengan Senior di Tahun 5 dan 6. Sedangkan Cinta baru di Thaun 2. Tapi itu semua bukan alasan untuk menjadi good speller...latihan kena diperbanyakkan, dimantapkan..dan banyak-banyak membaca..
Nak disiplinkan masa antara belajar, bermain dan buat latihan spelling pun bukannya mudah ya, tambah lagi semasa musim sekolah yang baru lepas ..banyak plan telah dirancang sedari awal lagi untuk bercuti.. Makanya redah sajalah...semoga anak Mommy ini berjaya menjadi "good speller" dan mengharumkan nama sekolah nanti..

Subscribe to:
Posts (Atom)