Tuesday, 12 March 2013

Petikan piano di malam hari...

Semalam, Cinta dan Kasih ke Kelas Mental Aritmetik. Kelas gantian sebenarnya. Selalunya kelas adalah pada pagi Sabtu tapi hari ni kena malam pulak. So..berseorangan lah I bawa anak-anak meredah malam untuk menghantar Cinta & Kasih. Bila habis kelas dalam pukul 9.30 pm, macam biasalah I tanya Cikgu bagaimana pencapaian anak-anak. Cikgu bagi feedback yang Kasih lebih cepat mengira dari Cinta. Maka agak tarik muka jugalah Cinta sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Sebaik sampai di rumah I sempat  lagi menyiram pokok-pokok bunga di taman.Sambil tu terdengar..Cinta bermain piano...agak mendayu-dayu bunyinya ..mungkin cuba mengubat luka di hatinya  hehe....begitulah Cinta dan Kasih masing-masing tak nak kalah especially dalam pelajaran. Saingan yang positif kan..

Hari ini I dapat merasa lagi kuih yang sedap ini.Kuih tepung gomak yang sangat comel-comel dan intinya sangat sedap. Kena cepat berhenti di Gerai Kak G kalau tidak tinggal loyang sajalah. .I sedang mencari semangat baru untuk mula baking membaking balik ..memandangkana anak-anak juga sangat suka makan cake & kuih muih.. mana larat asyik nak membeli saja ya..

 Cinta yang baru pulang dari school bersama kuih tepong gomak ..yang sangat comel dan sedap.. 







Monday, 11 March 2013

Di suatu petang di tepian sawah, orkid, petai belalang dan keriangan


 Jom breeze walking bersama anak-anak

Sudah lama I tak punya kesempatan untuk menulis di sini apatah lagi untuk keluar beriadah dengan anak-anak. Tetapi alhamdulillah, sepanjang minggu lepas I berjaya mengatur masa di pejabat dengan lebih sistematik dan hasilnya pukul 5.30pm berjaya memboloskan diri keluar dari pejabat. Yes..!! moga usaha ini akan berterusan hendaknya. Hasilnya anak-anak sangat ceria bila dapat luangkan masa bersama Mommy nya. Gambar ini I ambil masa kami keluar beriadah..lebih pada breeze walking sebenarnya di kawasan belakang rumah..belakang rumah kami adalah kawasan sawah padi , sangat cantik view di sini dan sangat berangin. Terjumpa pula dengan pelbagai tumbuhan yang hidup melata di tepian denai..Yang ini adalah petai belalang.. (nasib baik I kenal kan ) ..kiranya first time anak-anak lihat petai belalng ni.
Petai belalang..

Bila perjalanan semakin jauh  , kami terlihat sebuah rumah banglo moden yang tersergam indah berdekatan tali air.Harap-harap satu hari nanti kami akan sampai ke kawasan rumah banglo itu..rumah impian insyallah. Anak-anak makin teruja bila dapat keluar begini. Cinta berbasikal, Kasih naik scooter , Ater dan Baby Alaa , I stroll saja..Maghrib pun semakin melabuhkan tirainya jadi kami pun berlari-lari anaklah pulang ke rumah.
 Rumah idaman kami insyallah ..lihat dari jauh dulu lah..

Bila sampai rumah sempat lagi meninjau-ninjau taman sekangkang kera. Ini antara orkid yang I tanam, tak lah banyak mana..tapi yang ini sedang berbunga..cantik bunganya berwarna hijau apple.Rasa lebih semangat nak menjaga pokok-pokok bunga yang ada lepas ini bila tengok ada yang berbunga ya..

 Baby Alaa sempat lagi bermain di taman kami ..sempat lagi berebut naik dengan Ater. Hehe.. Teringat zaman di Moate..sudah menjadi rutin di sana..setiap hari I akan berjalan sambil stroll anak-anak ..busy life di Malaysia kini tak boleh I jadikan alasan untuk kurang bersama anak-anak dan kurang beridah ..kalau bukan kita yang menguhbah cara kehidupan kita kepada yang lebih positif..nak harap siapa lagi kan..

                                                                              In our garden..

Moate Town - Stroller dan anak-anak yang sedang membesar tak dapat dipisahkan.. I lihat di Malaysia kini ibu-ibu juga sudah rajin menyorong Buggy begini..lebih mudah bukan ?