Wednesday, 2 January 2013
Kembara Hatyai , Thailand
Sempena menutup tirai 2012 yang lepas, kami sefamily pergi bercuti ke Hatyai, Thailand. Tujuan bercuti kali ini nak rehat-rehatkan badan dan minda sebelum bermulanya tahun 2013 di mana nanti I & Dr. N akan sibuk bekerja semula & anak-anak akan memulakan sesi persekolahan yang baru di tempat baru...segala-galanya akan baru nanti. Hatyai, Thailand adalah tempat yang sesuai untuk berehat-rehat, mencari makanan Thai yang sedap-sedap & membeli belah. Lagipun taklah jauh mana dari tempat kami dalam sejam perjalanan saja.
Anak-anak sangat enjoy dalam perjalanan. Kami bawa confeter & pillow yang dibentangkan di ruang belakang MPV. So ada yang baring-baring..baca buku..menatap ipad. hehe..seronok ni bila kereta dah jadi macam caravan.
Sesampai ke Hatyai, I & Dr. N..bercadang nak jalan-jalan ke Nite Market berdekatan dengan Diana Mall dulu. Macam-macam ada di sini..kami tak membeli apa-apa di sini cuma cuci cuci mata saja. Barang-barang dari negara jiran ni pelbagai ya..memang kreatif mereka memperagakan barangan jualan ..macam-macam gaya juga untuk mempromosikan barang-barang. Ada antaranya yang tak pernah kita lihat di tanahair.Sempat juga anak-anak beli 4D Puzzle yang dipasang malam itu juga. Cantik..lah
Inilah hasil 4D Puzzle tu..
Anak-anak sangat seronok bila dapat main Bouncy Castle di sini. Semasa di Ireland..bermain di Bouncy Castle adalah perkara biasa bagi anak-anak..tapi sejak balik di tempat kami belum berjumpa lagi. Itu yang main sampai tak nak balik jadinya.
Seterusnya kami cuba meninjau gerai-gerai yang menjual makanan berdekatan. Banyak juga gerai yang menjual makanan halal dan ditulis "Halal" di situ dengan jelasnya. Jadi kita tak lah risau jika terbeli makanan yang non-halal di sini. Ramai juga penjual yang bertudung..alhamdulillah. Kami hanya membeli sushi macam biasa.Cantik & sedap..kecil-kecil molek saja jualan sushi di sini.Murah pulak tu ..
Selesai misi di Nite Market ni, kami menuju ke Hotel Hansa JB.Kalau ke sini, jangan lepaskan peluang untuk buat body massage ya. Kerana biasanya hotel ada menyediakan perkhidmatan body massage di dalam bilik. Saya memilih Thai Massage & harganya tak mahal hanya 300 Bath (RM30 selama 2 jam) ..boleh lah kan..mana nak dapat perkhidmatan yang begini di tempat kita.
Esok pagi kami berehat-rehat di hotel saja. Anak-anak dah sibuk nak pergi swimming di Pool yang disediakan..masing-masing dah tukar swimming suit tapi balik hampa sebab pool untuk kanak-kanak tak disediakan rupanya..hehe.
Tengahari..kami mula berjalan di sekitar bandar Hatyai lagi. Kami menuju ke Naravat Massage..untuk buat food massage di sini. Anak-anak pula akan cuci dan potong rambut sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah minggu hadapan..Memang dapat layanan istimmewa betul di sini..sangat best. Kami dapat family package dalam 1600 Bath (RM160) untuk semua servis yang disediakan . Sangat-sangat berbaloi kan..
Cantik hasil sentuhan saloon di sini..
Seterusnya pergi makan di Kak Sah Muslim Kitchen berdekatan Diana Shopping Mall. Makanan di sini
terbaik bagi I. Sefamily makan nasi berlaukkan tomyam, sayur, sup cuma RM30. Lepas itu, kami sempat ke Diana Shopping Mall, hajat di hati nak mencari beg sekolah untuk Cinta & Kasih..tapi terbeli benda lain pulak masa di sini. Cinta & Kasih masing-masing sempat shopping baju lagi di sini. Cantik memang cantik..qualiti barang-barang di Shopping Mall begini bagi I sama saja dengan qualiti produk kita. So berbaloi jugaklah..
Pencarian beg sekolah kami tak selesai lagi. Kami menaiki Tuk-tuk menuju ke Bazar Market. Tuk-tuk sekarang sudah moden tau..siap atas TV lagi. Kat sini lagi lah syurga beg..macam-macam jenis beg ada dijual. I cuma tumpukan pada pembelian beg sekolah anak-anak sajalah. Jangan tergoda..jangan terpedaya..hehe..
Pukul 6 petang kami mula melangkah pulang, target kami nak sampai rumah sebelum maghrib jadi taklah penat sangat nak mula bekerja pada keesokkan harinya. Best jugalah percutian pada kali ini, simple tapi menarik ya....
Tuesday, 1 January 2013
back to school 2013
2 januari 2013 -yeay! hari ini sesi persekolahan 2013 akan bermula. anak-anak kembali ke sekolah hari ini . Maka akan bermulalah rutin hidup berpagi-pagi yang sibuk. Ini merupakan pengalaman pertama bagi kami di sini . Untuk menyiapkan 4 kanak-kanak riang ke Sekolah/Tadika/Taska memerlukan komitmen dan kesabaran yang jitu ya dari parents.
Sebagai persediaan malam tadi sebelum tidur semua baju sekolah,kasut,beg sudah disusun rapi senang tinggal sarung dan angkat saja esok pagi.Kasih akan berada di tahun 2 dan Cinta di kelas pra sekolah.
Moga anak-anak ini tabah menghadapi hari hari busy bersekolah di sini dan senang menerima ilmu di sekolah.Ini gambar gambar ceria di kelas masing-masing.kita jumpa lagi dengan cerita lepas waktu sekolah nanti...tata.
Gambar Burung @ Art Class
Semalam Cinta & Kasih pergi kelas Art bagi kali ke 2 di Kreativ Studio. Teacher Oii yang mengajar anak-anak teknik mewarna sangat sempoi orangnya, macam tak percaya dia boleh mengajar. Bercakap Bahasa Melayu mahupun Inggeris pun tak berapa fasih . Tapi yang penting ilmunya banyak kan. Cinta & Kasih nampak sangat gembira dari awal kelas sampai siap hasil lukisan mereka. Suasana belajar macam ni lah yang kita nak..biar happy happy selalu masa menuntut ilmu ya.
Mulanya I duduk tunggu anak-anak melukis & mewarna dalam 30 minit kemudian barulah balik untuk masak dinner dan solat. Sebelum habis kelas jam 9pm, I sudah sampai ke kelas Art semula. Bila lihat hasil kerja anak-anak sekecil usia 7 & 5 tahun begini cantik, hampir tak percaya.
Lukisan ke 2 ini kalau kita framekan sebagai kenang-kenangan bila Cinta & Kasih besar nanti pun sangat cantik. Buat masa ini I hanya tampalkan di meja study mereka dulu, belum sempat ke kedai untuk buat frame lagi. Ok hingga bertemu lagi di Art kelas minggu hadapan. ya...
Subscribe to:
Posts (Atom)